Posts

Showing posts from October, 2024

MAPHIS 2024 : Pemangkin Semangat Pelajar Prasiswazah Sains Bioperubatan FSK, UKM

Image
Oleh : Dhia Emylia, Pemantau Exco Publisiti,  Kelab Sains Bioperubatan UKM Sesi 2024/2025 Pensyarah, juru teknologi makmal perubatan, alumni dan pelajar, Sarjana Muda Sains Bioperubatan UKM. - Sumber Foto, Exco Multimedia Biomed UKM   7 OKTOBER 2024, KUALA LUMPUR – Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM telah menganjurkan Majlis Anugerah Pelajar dan Hari Interaksi Alumni Sains Bioperubatan (MAPHIS) 2024 di hari pertama semester baru bagi sesi 2024/2025 yang bermula hari ini. Tema "Menjulang Prestasi, Mencipta Legasi" yang dipilih pada tahun ini adalah amat bersesuaian dengan objektif utama penganjurannya iaitu untuk meraikan kecemerlangan pelajar pada sesi 2023/2024 yang lalu. Tambahan pula, majlis yang merupakan acara tahunan ini juga turut diserikan dengan kehadiran alumni yang dijemput khas untuk bersama-sama meraikan hari yang bermakna ini.   MAPHIS 2024 ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar dari Kelab Sains Bioperubatan, dan telah dirasmikan...