ANUGERAH TOKOH USAHAWAN: Luqman Rosli, Pelajar Tahun 3 Sains Bioperubatan
Oleh : Dhia Emylia, Pemantau Exco Publisiti, Kelab Sains Bioperubatan UKM Sesi 2024/2025 Muhammad Nur Luqman Bin Rosli menerima Anugerah Tokoh Usahawan - Sumber Foto, Exco Multimedia, Hari Keusahawanan Fakulti Sains Kesihatan 29 MEI 2025, KUALA LUMPUR – Pelajar Sains Bioperubatan UKM, Muhammad Nur Luqman Bin Rosli menerima Anugerah Tokoh Usahawan sempena Hari Keusahawanan Fakulti Sains Kesihatan yang berlangsung di Dewan Kuliah 1, Fakulti Sains Kesihatan. Luqman, Pelajar Tahun 3 Sains Bioperubatan atau lebih mesra disapa sebagai Luqy berasa amat bersyukur atas penganugerahan itu berkata, “Pada awalnya, saya tidak mensasarkan anugerah ini secara khusus. Segala yang saya lakukan adalah berlandaskan rasa tanggungjawab serta minat keusahawanan yang mendalam. Namun, apabila usaha tersebut diiktiraf, saya amat bersyukur.” Perniagaan yang dijalankan sehingga beliau berjaya merangkul anugerah ini adalah dengan menjalankan perniagaan makanan iaitu Burger Ayam Crispy. Keuntungan bers...