ANUGERAH TOKOH USAHAWAN: Luqman Rosli, Pelajar Tahun 3 Sains Bioperubatan

Oleh : Dhia Emylia, Pemantau Exco Publisiti, Kelab Sains Bioperubatan UKM Sesi 2024/2025


Muhammad Nur Luqman Bin Rosli menerima Anugerah Tokoh Usahawan - Sumber Foto, Exco Multimedia, Hari Keusahawanan Fakulti Sains Kesihatan



 29 MEI 2025, KUALA LUMPUR –   Pelajar Sains Bioperubatan UKM, Muhammad Nur Luqman Bin Rosli menerima Anugerah Tokoh Usahawan sempena Hari Keusahawanan Fakulti Sains Kesihatan yang berlangsung di Dewan Kuliah 1, Fakulti Sains Kesihatan.


Luqman, Pelajar Tahun 3 Sains Bioperubatan atau lebih mesra disapa sebagai Luqy berasa amat bersyukur atas penganugerahan itu berkata, “Pada awalnya, saya tidak mensasarkan anugerah ini secara khusus. Segala yang saya lakukan adalah berlandaskan rasa tanggungjawab serta minat keusahawanan yang mendalam. Namun, apabila usaha tersebut diiktiraf, saya amat bersyukur.”

Perniagaan yang dijalankan sehingga beliau berjaya merangkul anugerah ini adalah dengan menjalankan perniagaan makanan iaitu Burger Ayam Crispy. Keuntungan bersih tertinggi yang pernah diperoleh dalam masa seminggu mencecah RM700. Minatnya yang mendalam dalam bidang keusahawanan sejak bangku sekolah dengan dorongan daripada keluarga serta kawan-kawan rapat menjadi pendorong utama baginya untuk terus berusaha dengan penuh dedikasi. 


Pada awalnya, beliau mula berkecimpung dalam bidang keusahawanan sejak di bangku sekolah lagi dengan menjual makanan dan minuman semasa Hari Usahawan. Di peringkat universiti,  beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Kelab Usahawan Muda KTSN pada sesi 2023/2024 dan bertanggungjawab menguruskan kedai runcit di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) iaitu K-Shop. Beliau turut mengikuti beberapa lagi program keusahawanan serta menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara persendirian. Usaha-usaha ini disertai dengan komitmen yang tinggi dan sokongan daripada pelbagai pihak membuahkan hasil apabila beliau berjaya merangkul anugerah ini. 


Keluarga saya merupakan pendorong utama, selain senior-senior lepas yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menguruskan K-Shop KTSN. Mereka telah menunjukkan bahawa kejayaan bermula daripada langkah kecil yang konsisten dan komitmen yang berterusan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Nur Nabihah, kawan rapat saya yang banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan sepanjang saya menjalankan aktiviti keusahawanan di Kolej Tun Syed Nasir.


Akhir sekali, beliau menyeru mahasiswa dan mahasiswi untuk menggunakan setiap peluang yang ada dan tidak takut untuk mencuba. Ini kerana, setiap pengalaman akan menjadi pengajaran yang bermakna untuk masa depan sungguhpun cubaan itu berjaya atau gagal. Ini kerana, usaha yang konsisten merupakan kunci utama kejayaan dalam dunia keusahawanan.



Comments

Popular posts from this blog

MAPHIS 2024 : Pemangkin Semangat Pelajar Prasiswazah Sains Bioperubatan FSK, UKM

HARI TALASEMIA 2024/2025: Diagnostik Tepat,Rawatan Berkesan

HARI INTERAKSI BIOMED 2024/2025: Penyatu Ukhuwah Para Pelajar dan Pensyarah Sains Bioperubatan FSK/UKM