HARI INTERAKSI BIOMED 2024/2025: Penyatu Ukhuwah Para Pelajar dan Pensyarah Sains Bioperubatan FSK/UKM
Oleh : Exco Publisiti: Maria Nathreesya, Anfal, Sofia, De An, Antasya, Kelab Sains Bioperubatan Sesi 2024/2025
18 JANUARI 2024,KUALA LUMPUR – Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM telah menganjurkan Hari Interaksi Sains Bioperubatan (HIB) telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Januari 2025,bertempat di Padang Kolej Tun Syed Nasir. Tema "Wits in the Game, Victory`s Our Aim!" yang dipilih adalah amat bersesuaian dengan objektif utama penganjurannya iaitu program ini mempertandingkan pelbagai acara sukaneka yang melibatkan pelajar dan pensyarah Sains Bioperubatan.Tambahan pula, majlis yang merupakan acara tahunan ini juga turut diserikan dengan kehadiran pelajar dan pensyarah yang amat memeriahkan suasana.
Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, pihak organisasi berjaya menganjurkan program HIB yang dikendalikan oleh pelajar tahun 3 Program Sains Bioperubatan, dan telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr.Nur Najmi Mohamad Anuar selaku Ketua Program Sains Bioperubatan, FSK UKM. Dalam ucapan perasmiannya, Dr. Nur Najmi telah menekankan dalam ucapan beliau,
“Program Hari Interaksi Sains Bioperubatan sesi 2024/2025 telah menonjolkan kepentingan acara tahunan dalam memperkukuhkan hubungan antara warga Sains Bioperubatan, termasuk pensyarah, kakitangan, dan pelajar. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim melalui aktiviti menarik, tetapi juga memupuk semangat kerjasama dan persaingan yang sihat. Usaha gigih para pelajar tahun tiga dalam menjayakan acara ini mendapat penghargaan, sementara aspek keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan kesihatan fizikal turut ditekankan. Program seperti ini membuktikan keupayaan komuniti Sains Bioperubatan untuk melahirkan individu holistik yang bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Dengan semangat kebersamaan yang ditonjolkan, Hari Interaksi ini bukan sahaja meninggalkan kenangan manis tetapi juga menjadi pemangkin kepada penganjuran program-program lebih bermakna di masa hadapan.”
Gimik Perasmian: (dari kiri) Nurul Eliyana binti Mohamad Nawi, Pengarah Program HIB; Dr. Farah Wahida Ibrahim, Penasihat Kelab Sains Bioperubatan; Dr. Nur Najmi Mohamad Anuar; Ketua Program Sains Bioperubatan dan; Adrina Nur Harithsya binti Mohd Fuad, Yang Dipertua Kelab Biomed - Sumber Foto, Exco Multimedia, HIB
Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran 128 peserta yang terdiri daripada pelajar tahun pertama hingga tahun ke-empat pengajian. Selain melaksanakan aktiviti sukaneka yang menyihatkan tubuh badan, HIB 2024/2025 juga turut menyediakan pelbagai booth jualan yang terdiri daripada pelbagai kelab termasuk Kelab Sains Bioperubatan sendiri. Hari sukan ini juga melibatkan empat rumah sukan yang bertemakan ‘Spongebob Squarepants’ iaitu Squidward (Rumah Biru), Mr. Krabs (Rumah Merah), Spongebob (Rumah Kuning) dan Plankton (Rumah Hijau) yang terdiri daripada pelajar tahun satu hingga empat, dan para pensyarah.
Booth jualan semasa aktiviti berlangsung - Sumber Foto, Exco Multimedia, HIB
Permainan fizikal yang disertai oleh pelajar dan pensyarah Program Sains Bioperubatan - Sumber Foto, Exco Multimedia, HIB
Antara pengisian menarik pada hari tersebut adalah acara tarik tali. Acara ini bukan hanya menguji kekuatan semata-mata, tetapi juga semangat kerjasama antara pensyarah dan pelajar. Dalam suasana yang penuh semangat dan sorakan, acara ini berjaya memupuk nilai kerjasama dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta. Aktiviti tersebut juga dapat mengeratkan hubungan serta memperkukuhkan semangat berpasukan dalam kalangan warga Sains Bioperubatan.
Acara tarik tali antara empat buah rumah sukan - Sumber Foto, Exco Multimedia, HIB
Dengan sokongan berterusan daripada para pensyarah dan alumni, program seperti ini telah berjaya menjadi tradisi tahunan yang terus menyemai semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan pelajar dan pensyarah Sains Bioperubatan UKM. Sebagai penganjur, Kelab Sains Bioperubatan berharap agar Hari Interaksi Biomed 2024/2025 dapat menjadi platform yang efektif untuk mengeratkan ukhuwah antara pensyarah dan pelajar. Program ini juga diharap dapat menjadi perintis kepada lebih banyak aktiviti yang mampu memperkasakan mahasiswa/i, mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran masa depan dengan lebih yakin dan berdaya saing.
Pensyarah, alumni dan pelajar, Sarjana Muda Sains Bioperubatan UKM. - Sumber Foto, Exco Multimedia, HIB
Comments
Post a Comment