HARI TALASEMIA 2024/2025: Diagnostik Tepat,Rawatan Berkesan

 Oleh : Dhia Emylia, Pemantau Exco Publisiti, Kelab Sains Bioperubatan UKM Sesi 2024/2025




Tetamu, panel jemputan, pensyarah, alumni dan pelajar tahun 3, Sarjana Muda Sains Bioperubatan UKM. - Sumber Foto, Exco Multimedia Hari Talasemia 2024/2025

 

13 JANUARI 2025, KUALA LUMPUR – Pelajar Tahun 3 Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM telah menganjurkan Hari Talasemia 2024/2025 di bawah kursus Hematologi Klinikal. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan penyakit Talasemia dan cara mendiagnosis penyakit ini melalui kajian makmal, sesuai dengan tema "Diagnostik Tepat, Rawatan Berkesan". Tambahan pula, majlis turut diserikan dengan tetamu jemputan khas iaitu Dr Noraesah Binti Mahmud yang merupakan Pakar Perunding Hematologi dan Ketua Unit Hematologi di  Hospital Kuala Lumpur, Encik Haniff Riza Bin Abdul Hadi yang merupakan Senior Medical Lab Scientist Haematology di Premier Integrated Labs Sdn Bhd, Encik Azim Izzuddeen Bin Bahrul Azmi yang merupakan Sales Executive di Utas Maju Sdn Bhd dan Encik Nik Badrul Hisham yang merupakan seorang pejuang talasemia.


Hari Talasemia 2024/2025 ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar tahun 3 Program Sains Bioperubatan, dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Mazlyfarina Binti Mohamad, selaku Timbalan Dekan Pra-siswazah FSK UKM. Dalam ucapan perasmiannya, Profesor Madya Dr. Mazlyfarina telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur, tetamu dan panel jemputan yang hadir bagi memeriahkan majlis serta seluruh pihak yang sentiasa komited dalam usaha memperjuangkan kesedaran dan sokongan kepada komuniti talasemia. Profesor Madya Dr. Mazlyfarina menekankan kepentingan meningkatkan kefahaman tentang penyakit talasemia kerana penyakit ini bukan hanya tertumpu kepada isu perubatan, tetapi juga memerlukan sokongan psikologi, sosial dan kewangan kepada pesakit serta keluarga mereka. Beliau turut menyeru agar para hadirin bertekad untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan diagnosis awal, rawatan berkualiti dan pencegahan melalui ujian saringan genetik, sesuai dengan tema sambutan " Diagnostik Tepat, Rawatan Berkesan" . Profesor Madya Dr. Mazlyfarina turut berharap para pelajar memperoleh ilmu pengetahuan yang lebih mendalam serta mengambil peluang untuk belajar mengelola program yang boleh memberi ilmu baharu dari segi kemahiran insaniah.




Profesor Madya Dr. MazlyfarinaTimbalan Dekan Pra-siswazah FSK UKM Sumber Foto, Exco Multimedia Hari Talasemia 2024/2025



Antara pengisian menarik pada hari tersebut adalah sesi forum bersama seorang pejuang talasemia, Encik Nik Badrul Hisham yang membuka ruang untuk mahasiswa/i bertanya soalan mengenai pengalaman dan cabaran yang dihadapi sepanjang hidupnya sebagai pesakit talasemia serta perkongsian yang lebih terperinci tentang penyakit talasemia oleh Pakar Perunding Hematologi dan Ketua Unit Hematologi di  Hospital Kuala Lumpur, Dr Noraesah Binti Mahmud. Sesi perkongsian pertama daripada Encik Haniff Riza Bin Abdul Hadi, Senior Medical Lab Scientist Haematology di Premier Integrated Labs, berkongsi tentang cara mendiagnosis penyakit ini melalui kajian makmal melalui sesi diagnostik talk serta pendedahan awal kepada para pelajar tentang Malaysian Laboratory Haematology Society melalui sesi mempromosi persatuan. Manakala Encik Azim Izzuddeen, Sales Executive dari Utas Maju Sdn Bhd yang juga alumni Sains Bioperubatan (2017), memperkenalkan syarikat Utas Maju Sdn Bhd melalui sesi talk vendor serta menekankan semangat keusahawanan bagi pelajar yang bercita-cita untuk menceburi dunia perniagaan. 



Encik Haniff Riza Bin Abdul Hadi, Senior Medical Lab Scientist Haematology, Premier Integrated Labs - Sumber Foto, Exco Multimedia Hari Talasemia 2024/2025




Sesi forum bersama Dr Noraesah Binti Mahmud, Pakar Perunding Hematologi dan Ketua Unit Hematologi, HKL (ahli panel1) ; Encik Nik Badrul Hisham, Chefpreneur dan pejuang talasemia (ahli panel 2) dan; Alisha Husna, (moderator)  Sumber Foto, Exco Multimedia Hari Talasemia 2024/2025



Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan kejutan sambutan hari jadi sempena bulan kelahiran Encik Badrul dan Encik Haniff, serta sambutan persaraan Profesor Dr. Siti Balkis Binti Budin yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada hujung semester ini. 

 

 

 Encik Azim Izzuddeen, Sales Executive, Utas Maju Sdn Bhd (Alumni 2017) diiringi Dr. Nur Najmi, Pensyarah Hematologi dan Nur Adriyana, Pengarah Hari Talasemia 2024/2025.  Sumber Foto, Exco Multimedia Hari Talasemia 2024/2025

 


Dari kiri: Profesor Dr. Siti Balkis Dr Noraesah Binti Mahmud, Encik Nik Badrul Hisham dan Encik Haniff Riza Bin Abdul Hadi Sumber Foto, Exco Multimedia Hari Talasemia 2024/2025

 

 

"Berat bagi kami untuk melepaskan Prof Balkis pergi. Sesungguhnya, kami akan merindui Prof. Terima kasih tidak terhingga atas kesudian Prof Balkis mencurahkan ilmu kepada kami sepanjang tiga tahun yang indah ini. Semoga Allah sentiasa membalas jasa Prof dalam mendidik kami", begitulah kata-kata daripada pengacara majlis mewakili Pelajar Tahun 3 Sains Bioperubatan yang ditujukan khas kepada Prof. Dr Siti Balkis. 




Gambar kenangan bersama Profesor Dr. Siti Balkis dikelilingi Pelajar Tahun 3 Sains Bioperubatan Sumber Foto, Exco Multimedia Hari Talasemia 2024/2025


Comments

Popular posts from this blog

MAPHIS 2024 : Pemangkin Semangat Pelajar Prasiswazah Sains Bioperubatan FSK, UKM

HARI INTERAKSI BIOMED 2024/2025: Penyatu Ukhuwah Para Pelajar dan Pensyarah Sains Bioperubatan FSK/UKM