BIOMED INDUSTRY TALK: Biomed Stories of Breakthroughs
Oleh : Exco Publisiti, Kelab Sains Bioperubatan UKM Sesi 2024/2025 Dr Chua Kien Hui (Alumni 1997), Pengarah Eksekutif di Supergenics Berhad - Sumber Foto, Exco Multimedia Biomed UKM 22 JANUARI 2025, KUALA LUMPUR – Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM telah menganjurkan Program Biomed Industry Talk: Biomed Stories of Breakthroughs 2025 bagi sesi 2024/2025. Tema " Biomed Stories of Breakthroughs " yang dipilih adalah amat bersesuaian dengan objektif utama penganjurannya iaitu untuk memberikan wawasan yang mendalam kepada mahasiswa/i tentang kehidupan sebenar sebagai pelajar Sains Bioperubatan dan dapat merancang perjalanan akademik yang seterusnya dengan lebih strategik. Tambahan pula, majlis tahunan ini turut diserikan dengan kehadiran Dr. Chua Kien Hui, alumni 1997 yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif di Supergenics Berhad . Beliau dijemput khas sebagai penceramah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang industri Sa...