Posts

Showing posts from June, 2025

KEMPEN DERMA DARAH BIOMED X PDN : Derma Darah, Selamatkan Nyawa

Image
  Oleh : Anfal, Exco Publisiti, Kelab Sains Bioperubatan UKM Sesi 2024/2025 Kakitangan Pusat Darah Negara, Pensyarah dan pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Bioperubatan UKM - Sumber Foto, Exco Multimedia Kempen Derma Darah   16 MEI 2025, KUALA LUMPUR – Pelajar tahun 3 Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM telah menganjurkan Kempen Derma Darah 2025 dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Tema " Give Blood, Save Lives " dipilih sebagai tema utama program ini kerana ia selari dengan matlamat penganjurannya, iaitu meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah. Kempen ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih daripada 155 peserta yang terdiri daripada alumni serta pelajar daripada tahun pertama hingga tahun akhir pengajian. Selain melaksanakan kempen derma darah sebagai aktiviti utama, program ini turut disemarakkan dengan pameran kesihatan dan aktiviti interaktif yang bertujuan untuk menarik minat serta memberi pendedahan ke...

ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA: Saw Zi Xuan, Pelajar Tahun 3 Sains Bioperubatan

Image
 Oleh : Dhia Emylia, Pemantau Exco Publisiti, Kelab Sains Bioperubatan UKM Sesi 2024/2025 Saw Zi Xuan menerima Naib Johan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) kategori Individu Wanita Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - Sumber foto, jurufoto Anugerah Perdana Belia Negara peringkat WP Kuala Lumpur 18 MEI 2025, KUALA LUMPUR –   Pelajar Sains Bioperubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Saw Zi Xuan, mengharumkan nama institusi apabila diumumkan sebagai Naib Johan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) kategori Individu Wanita Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penyampaian anugerah berprestij tersebut disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis bertempat di Lanai@MATIC, Kuala Lumpur. Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi kepada belia negara yang cemerlang dalam aktiviti pembangunan komuniti, kepimpinan dan kesukarelawanan. Saw Zi Xuan yang mesra disapa sebagai Xuan menyifatkan kejayaannya sebagai sesuatu yang tid...

PERMATA HARAPAN: Satu Hati Satu Jiwa, Menyemai Kasih Sayang

Image
Oleh : Anfal dan Maria, Exco Publisiti, Kelab Sains Bioperubatan UKM Sesi 2024/2025 Pensyarah dan pelajar Sains Bioperubatan serta ahli Rumah Amal Raudhatul Jannah - Sumber Foto, Exco Multimedia, Program Permata Harapan    31 MEI 2025, BANTING, SELANGOR – Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM telah menganjurkan Program Permata Harapan bagi sesi 2024/2025. Tema " Satu Hati Satu Jiwa: Menyemai Kasih Sayang " yang dipilih adalah bersesuaian dengan objektif utama penganjurannya iaitu memberi motivasi dan dorongan kepada anak yatim untuk membina masa depan yang lebih cerah. Tambahan pula, majlis yang merupakan acara tahunan ini juga turut diserikan dengan kehadiran penasihat kelab serta pensyarah Sains Bioperubatan.   Program ini dimeriahkan dengan penglibatan lebih 60 peserta yang terdiri daripada para pensyarah, pelajar daripada tahun pertama hingga tahun ketiga pengajian serta anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah. Program Permata Harapan merupakan sebua...