KEMPEN DERMA DARAH BIOMED X PDN : Derma Darah, Selamatkan Nyawa
Oleh : Anfal, Exco Publisiti, Kelab Sains Bioperubatan UKM Sesi 2024/2025 Kakitangan Pusat Darah Negara, Pensyarah dan pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Bioperubatan UKM - Sumber Foto, Exco Multimedia Kempen Derma Darah 16 MEI 2025, KUALA LUMPUR – Pelajar tahun 3 Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM telah menganjurkan Kempen Derma Darah 2025 dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Tema " Give Blood, Save Lives " dipilih sebagai tema utama program ini kerana ia selari dengan matlamat penganjurannya, iaitu meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah. Kempen ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih daripada 155 peserta yang terdiri daripada alumni serta pelajar daripada tahun pertama hingga tahun akhir pengajian. Selain melaksanakan kempen derma darah sebagai aktiviti utama, program ini turut disemarakkan dengan pameran kesihatan dan aktiviti interaktif yang bertujuan untuk menarik minat serta memberi pendedahan ke...